Home » Langit Terbuka » Reman tamat, kes Namewee dibawa ke peguam negara

Reman tamat, kes Namewee dibawa ke peguam negara

Namewee direman sejak Jumaat lalu selepas ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama. 

KUALA LUMPUR, 26 Feb — Kertas siasatan terhadap pemuzik kontroversi Namewee berhubung klip video berunsur hinaan yang dimuat naik menerusi media sosial akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata perintah reman terhadap penyanyi rap itu juga tamat hari ini.

“Polis akan menunggu arahan selanjutnya daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan kes Namewee, 34 atau nama sebenarnya Wee Meng Chee yang direman sejak Jumaat lalu selepas ditahan polis pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung satu klip video berunsur hinaan terhadap agama yang boleh membawa implikasi negatif kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

Namawee dikatakan memuat naik klip video yang didakwanya bersempena Tahun Baharu Cina yang antara lain memaparkan sekumpulan individu memakai topeng anjing melakukan tarian berbaur lucah berdekatan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. — Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *