Home » Citra Yadim » Reruai Pameran dan Jualan YADIM Kedah di Jelajah Kedah Sejahtera
a

Reruai Pameran dan Jualan YADIM Kedah di Jelajah Kedah Sejahtera

YAN – YADIM Kedah telah dijemput untuk membuka reruai pameran dan jualan sempena Jelajah Kedah Sejahtera peringkat Daerah Yan tahun 2022.

Program melibatkan lebih 40 agensi di perkarangan Masjid Al Wustho Guar Chempedak di sini berlangsung selama dua hari dan telah dihadiri oleh lebih 8,000 pengunjung dari seluruh Kedah khususnya penduduk daerah Yan dan daerah-daerah yang berhampiran.

Selain pameran dan jualan, pelbagai aktiviti lain dijalankan sepanjang jelajah ini seperti Pertandingan Mewarna kanak-kanak, Kayuhan Fun Ride, pemeriksaan kesihatan percuma, taklimat agensi kerajaan, Himpunan Insan Sejahtera, pertandingan gubahan, Forum Perdana Ehwal Islam, persembahan Qasidah, taklimat dan pameran kerjaya, tukar minyak enjin motosikal percuma, taklimat institusi pengajian tinggi, sumbangan dan lain-lain lagi.

Kakitangan YADIM Negeri Kedah telah bertugas secara bergilir-gilir di reruai Pameran dan Jualan buku YADIM. Kitab Sirah An Nabawiyyah “Ar Rahiqil Maktum” mencatat jualan paling laris dan telah habis dijual sepanjang dua hari pameran diadakan.

Hadir merasmikan program ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Wan Romani Wan Salin. Hadir sama Pegawai Daerah Yan, Muhammad Subhi Abdullah, Pengarah YADIM Kedah, Ustaz Mohd Aizat Zakaria, Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Alwi Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat dan ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan.

Artikel Berkaitan

Kerjasama strategik YADIM – YPM

PERBINCANGAN Bagi menjalin kerjasama antara YADIM dan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) telah diadakan pada 26 Mei 2023 di Menara MARA, Kuala Lumpur.

Kunjung hormat YADIM ke BSN

KUNJUNG HORMAT YADIM ke Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diadakan pada 25 Mei 2023 di Wisma BSN, Kuala Lumpur bagi membincangkan kerjasama

Inisiatif dakwah Takwim Hijrah

TIDAK Banyak pihak yang mengkaji tentang kepentingan takwim Islam di negara ini, apatah lagi berdakwah menggunakannya. Itu antara cadangan kerjasama daripada i

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *