Home » Langit Terbuka » Ribuan penyokong Ahok membanjiri Balai Kota Jakarta

Ribuan penyokong Ahok membanjiri Balai Kota Jakarta

JAKARTA 10 Mei – Ribuan penyokong membanjiri Balai Kota Jakarta pagi ini sebagai memberi sokongan moral dan melahirkan rasa dukacita kepada Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang dijatuhi hukuman dua tahun penjara atas kesalahan menghina agama.

Mereka berhimpun selama kira-kira dua jam sejak enam pagi dan mula menyanyikan lagu patriotik Indonesia yang dipimpin seorang ahli muzik terkenal, Addie MS.

Turut serta, Naib Gabenor Djarot Saiful Hidayat, yang memulakan tugas sebagai pemangku Gabenor mulai hari ini ekoran Ahok telah ditahan mulai semalam setelah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap beliau.

Tinjauan mendapati orang ramai yang berbaju merah turut membawa sepanduk dan belon yang tertulis pelbagai mesej termasuk ”Keadilan Untuk Ahok” dan melaungkan ”Hidup Pak Ahok”.

Semalam, mahkamah di Indonesia menjatuhkan hukuman dua tahun penjara terhadap Ahok setelah mendapati beliau terbukti bersalah melakukan penodaan agama kerana membuat kenyataan menyentuh Surah Al Maidah ayat 51 ketika bertemu pengundi di Pulau Pramuka, Kepulauan Seribu pada September tahun lepas. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *