Home » Citra Yadim » Rimayah Al Munawwarah 2.0 di Wetland Putrajaya

Rimayah Al Munawwarah 2.0 di Wetland Putrajaya

PUTRAJAYA – Bertempat di Taman Wetland Putrajaya di sini, telah dianjurkan program Rimayah Al Munawwarah pada 24 November lalu.

Ia adalah anjuran Surau Al Munawwarah 5R3 Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya yang melibatkan kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), stesen radio Zayan.FM, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Persatuan Memanah Al Munawwarah.

Kira kira 300 peserta menyertai program ini yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Acara utama program adalah Kejohanan Memanah Traditional Putrajaya 2018 yang disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Datuk LAr. Hj. Baharuddin Bin Aziz, Naib Presiden, Jabatan Landskap dan Taman, Perbadanan Putrajaya.

Pertandingan ini diadakan bersempena sambutan Maulidur Rasul bagi menghidupkan sunnah dan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui sukan memanah.

Wakil YADIM, Ustaz Muzammil Musbah dari Unit Sosial Bahagian Khidmat Komuniti Dan Masyarakat  turut hadir dan terlibat menyelaraskan program ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Surau Al Munawwarah Ustaz Idzhar Jumali selepas selesai majlis mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penganjur penganjur bersama yang menjayakan program tersebut.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih buat Naib Presiden, Pengarah, Pegawai dan seluruh kakitangan Jabatan Lanskap, Perbadanan Putrajaya atas peluang dan ruang yang diberikan untuk bersama-sama menjadi penganjur.

Terima kasih JAWI, khususnya JAWI Putrajaya kerana bukan sahaja memberikan sokongan, malah menyertai kejohanan ini.

Terima kasih juga untuk Pertubuhan Pemanah Tradisional Malaysia (PERTAMA), Tuan Bendahara, Puan @masnahramli, Tuan Hj Ghazali, dan Ahli Jawatankuasa  Tertinggi lain yang turut hadir,” katanya yang juga merupakan penyanyi Kumpulan Now See Heart.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *