Home » Langit Terbuka » RM 8.6 juta untuk 725 masjid, surau sempena Ramadan

RM 8.6 juta untuk 725 masjid, surau sempena Ramadan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bantuan itu diberikan dalam usaha membantu pengurusan masjid dan surau melaksanakan program pengisian yang sesuai dan lebih berilmiah sepanjang bulan Ramadhan. - Foto FB Mohd Ajib Ismail

KUALA LUMPUR -Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM8.6 juta kepada 724 buah masjid dan surau di ibu negara dan Putrajaya serta Labuan sempena ketibaan bulan Ramadan nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, bantuan itu diberikan dalam usaha membantu pengurusan masjid dan surau melaksanakan program pengisian yang sesuai dan lebih berilmiah sepanjang bulan tersebut.

“Bantuan berjumlah antara RM15,000 sehingga RM11,000 itu juga boleh digunakan untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tempat ibadat disamping melaksanakan pelbagai program pengisian yang baik.

“Diharapkan tahap keimanan dan ketakwaan setiap umat Islam khususnya pada bulan Ramadan yang penuh barakah ini dapat terus bertambah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Marhaban Ya Ramadhan 1440H/2019M dan Kempen Ramadhan Tanpa Pembaziran di sini hari ini (29 April).

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *