Home » Langit Terbuka » RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik

RM20 juta untuk lahirkan 100,000 hufaz cilik

Pendidikan awal kanak-kanak terus diberi perhatian dalam Belanjawan Madani 2024. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan Program Pra Tahfiz Kemas dengan peruntukan RM20 juta, bagi memperkasakan penghayatan pendidikan Islam dan ilmu al-Quran sejak awal usia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di bawah pelaksanaan program itu, kerajaan menyasarkan untuk melahirkan 100,000 hufaz cilik menjelang 2026.

“Pendidikan awal kanak-kanak juga akan terus diberi perhatian dan bagi tujuan itu, peruntukan sebanyak RM586 juta akan diberikan kepada KEMAS pada tahun hadapan.

“Sebanyak 10 buah tabika dan taska baharu dengan kos RM31 juta akan dibina, antaranya di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, Terengganu; Felda Jelai 1, Tampin, Negeri Sembilan dan Taman Kota Masai, Johor Bahru, Johor,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, pada 13 Oktober. – Sinar Harian

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *