Home » Langit Terbuka » RM2j elaun khas mualaf

RM2j elaun khas mualaf

PEKAN 8 Dis. – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) memberikan elaun khas sebanyak RM2 juta kepada 15,602 mualaf di seluruh negeri ini.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, jumlah tersebut merangkumi 13,785 Orang Asli bagi tempoh sepanjang tahun ini.

Beliau berkata, elaun khas mua­laf tersebut antara lain bagi memberi manfaat kepada mereka dari segi kewangan dan tidak merasa terpinggir selepas me­nganut agama Islam.

“Tempoh bayaran elaun ini dihadkan selama tujuh tahun sahaja yang mana selepas itu mereka akan dikenal pasti semula sama ada mampu berdikari atau sebaliknya supaya bantuan fakir miskin dapat diberikan pula.

“Dalam tempoh ini juga, mereka mengikuti kelas agama dan pengajian al-Quran serta diwajibkan hadir bagi melayakkan mereka mendapat elaun tersebut,” ka­ta­nya kepada pemberita sele­pas merasmi­kan Program Ziarah Dakwah di Perkampungan Orang Asli Rancangan Penempatan Semula (RPS) Runcang, di sini semalam.

Sempena majlis itu, seramai 18 pasangan pengantin diijab­kabulkan, 10 saudara baharu melafazkan syahadah dan 16 kanak-kanak berkhatan.

Sementara itu, Wan Abdul Wahid berkata, antara perkemba­ngan positif di RPS Runcang, lebih 30 keluarga sudah memeluk agama Islam berbanding hanya lima keluarga sebelum ini.

Katanya, Muip kini merancang untuk menaik taraf surau sedia ada bagi membolehkan umat Islam di sekitar perkampungan berkenaan menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa.

“Banyak program dan aktiviti berhubung pendedahan agama Islam dilaksanakan di sini terma­suk pembinaan 500 rumah oleh kerajaan untuk semua penduduk tanpa mengira latar belakang dan pegangan agama mereka.

“Di samping itu, projek agro pertanian dengan ternakan biri-biri dilihat sebagai satu pencapaian yang memberangsangkan untuk seluruh penduduk,” katanya. https://www.utusan.com.my

Artikel Berkaitan

Kunjungan hormat PPD Klang kepada YADIM Selangor

YADIM Selangor telah menerima lawatan kunjungan hormat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang pada 30 Januari. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama

Wacana Integriti YADIM bersama pihak SPRM

KOMITED Untuk telus dalam setiap urusan melestari gerakan dakwahnya, YADIM merangka beberapa program dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pada 30

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *