Home » Langit Terbuka » RM600 juta bantuan telah disalur agensi agama

RM600 juta bantuan telah disalur agensi agama

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di salah sebuah program penyampaian bantuan oleh agensi di bawah beliau. - Foto Bernama

PEKAN – Bantuan dalam pelbagai bentuk bernilai lebih RM600 juta telah disalurkan menerusi agensi agama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepada golongan yang memerlukan sehingga Jun.

 

Menterinya Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan berkenaan disalurkan menerusi agensi antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

“Usaha membantu mana-mana pihak yang memerlukan masih diteruskan, kita berterima kasih kepada pelbagai pihak yang turut sama menghulurkan sumbangan kepada golongan berkenaan,” katanya kepada Bernama.

 

Beliau berkata demikian selepas penyampaian replika cek pembinaan Masjid Kampung Sungai Isap 2, Kuantan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr Zulkifle Ali, di sini pada 5 Julai.

 

Selain wang tunai, agihan bantuan turut diberikan menerusi dana perniagaan, latihan kemahiran dan wakaf kesihatan.

 

Sementara itu beliau berkata, inisiatif Gerobok Rezeki atau bank makanan, mendapat sambutan yang baik daripada pihak syarikat mahupun individu perseorangan yang turut sama menyumbang. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *