Home » Langit Terbuka » YADIM sediakan saluran mohon bantuan lebih mudah

YADIM sediakan saluran mohon bantuan lebih mudah

Menerusi Tele Bantuan YADIM, mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu sertakan nama, nombor kad pengenalan (MyKad), alamat serta nombor telefon dan hantar menerusi aplikasi WhatsApp. - Foto YADIM

PUTRAJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) memperkenalkan kaedah permohonan bantuan yang lebih mudah, cepat dan mesra pengguna, bermula semalam.

 

Menerusi Talian Hotline Tele Bantuan YADIM itu, orang ramai yang ingin memohon bantuan cuma perlu menghantar butiran diri menerusi aplikasi WhatsApp.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tele bantuan itu dilancarkan secara rasmi, semalam.

 

Beliau berkata, mereka yang memerlukan bantuan hanya perlu sertakan nama, nombor kad pengenalan (MyKad), alamat serta nombor telefon dan hantar menerusi aplikasi WhatsApp, www.wasap.my/60132920214/Bantuanyadim.

 

“Kami sedia membantu mereka yang memerlukan di seluruh negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Katanya, bermula Mac 2020 hingga Jun lalu, agensi-agensi agama di bawah tanggungjawabnya telah mengagihkan lebih RM500 juta ke seluruh Malaysia.

 

Zulkifli berkata, agihan bantuan termasuk wang tunai, dana perniagaan, latihan kemahiran, bank makanan, makanan sedia untuk dimakan, wakaf kesihatan, projek baik pulih serta bina rumah, bantuan komputer riba dan sebagainya.

 

“Disamping itu, kami turut memperkenalkan inisiatif #bakulmakanan Gerobok Rezeki dan Dapur It’am di masjid dan surau yang mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam,” katanya.

 

Dalam pada itu, YADIM menerusi kenyataan berkata, pihaknya turut menyediakan dua saluran mudah kepada orang ramai untuk menyumbang kepada YADIM.

 

“Orang ramai boleh layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama.

 

“Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun 5660 1062 5428 (Maybank).

 

“Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *