Home » Citra Yadim » Roadshow Dakwah 2.0: Dakwah santai dekati anak muda

Roadshow Dakwah 2.0: Dakwah santai dekati anak muda

KUALA TERENGGANU 1 Sept. _ Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Zon Timur bersama beberapa agensi lain dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan program Roadshow Dakwah 2.0 bertempat di KT Walk, Kuala Terengganu pada 2 September ini.

Eksekutif Yadim Zon Timur, Nasrul Hadi Saidin berkata, program ini diadakan dalam bentuk hiburan santai berinformasi dakwah yang akan diselang-selikan dengan tazkirah dan tausiah oleh daripada para penceramah yang diundang khas.

Beliau berkata, program akan bermula pada pukul 7 hingga 11:30 malam ini akan dipenuhi dengan nyanyian lagu-lagu berunsur dakwah, bacaan puisi dan diselang-seli dengan tausiah yang menyentuh aspek seperti hati yang bersyukur, tanggungjawab individu Muslim, didik keluarga cara Nabi, kewajipan menjaga maruah diri dan pemuda-pemudi harapan agama.

“Usaha ini adalah satu bentuk dakwah yangh cuba dilakukan oleh Yadim memandangkan ia lebih mudah diterima oleh semua pihak terutama golongan muda.

“Ruang dakwah melalui hiburan adalah antara ruang yang tidak patut dipinggirkan oleh para pendakwah mahupun pihak berkuasa agama kerana ruang ini mempunyai pengikut-pengikutnya yang tersendiri sama ada di media-media cetak mahupun saluran media baru.

“Peluang berdakwah cara ini wajar direbut oleh para pendakwah dengan usaha yang lebih giat dengan melipatgandakan kreativiti dan kemahiran yang ada,’’ katanya.

Beliau berkata, Yadim berharap melalui persembahan yang diadakan itu, dapat memberi informasi dakwah terutamanya berkaitan dengan akhlak, sosial serta tanggungjawab dalam keluarga dan  melaksanakan kempen ”Sayangi Diri Anda” kepada golongan muda dan generasi Y agar tidak terjebak dengan budaya negatif.

Jelasnya, Yadim juga mahu melahirkan lebih ramai kalangan `Sahabat Dakwah’  dari kalangan penghibur, artis dan juga seniman serta menampilkan imej yang baik kepada agensi-agensi pelaksana melalui kolaborasi penganjuran pelbagai program ilmu di lapangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Program ini medapat kerjasama daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Selain itu, program ini juga mendapat sambutan daripada beberapa NGO yang menyatakan minat untuk bekerjasama seperti Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Persatuan Darul Fitrah Terengganu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),  Aman Palestin Terengganu dan Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) Terengganu.

Nasrul Hadi berkata, program menyasarkan para pengunjung, golongan generasi Y, belia Islam, para peniaga,  ibubapa serta golongan bukan Islam sebagai golongan sasaran.

Artikel Berkaitan

Majlis Hari Raya Aidilfitri Muhibah Madani

GOLONGAN bukan Muslim didekati YADIM menerusi pelbagai program dan pendekatan dakwah. YADIM Negeri Selangor umpamanya dengan kerjasama tiga rakan strategik iaitu MACMA,

SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI

  SEMINAR Kepimpinan Altruistik MADANI merupakan sebuah program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik YADIM Negeri Sembilan dan Melaka iaitu Institut Pendidikan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *