Home » Langit Terbuka » Roselindawati Ketua Pengarah wanita pertama JaPen

Roselindawati Ketua Pengarah wanita pertama JaPen

Roselindawati, wanita pertama yang dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Penerangan sejak penubuhan Jabatan Penerangan pada 1945. - Foto Bernama

PUTRAJAYA – Roselindawati Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Penerangan Malaysia yang baharu berkuat kuasa semalam.

Roselindawati, 58, wanita pertama yang dilantik ke jawatan itu sejak penubuhan Jabatan Penerangan (JaPen) pada 1945, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik, demikian menurut JaPen dalam satu kenyataan hari ini.

Pemegang Sarjana dalam bidang Penyiaran, Telekomunikasi dan Media Massa daripada Temple University Philadelphia, Amerika Syarikat, Roselindawati memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1986.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah di Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu di Jabatan Penerangan (JaPen), Setiausaha Bahagian Penyelarasan Media di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Timbalan Ketua Komunikasi Korporat di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik di KKMM, sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) di JaPen pada tahun lepas.- Bernama

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *