Home » Citra Yadim » RSY Sarawak Anjur Program Kebitaraan Mahasiswa Islam.

RSY Sarawak Anjur Program Kebitaraan Mahasiswa Islam.

Encik Sharizal Mat Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM (dua dari kanan) dalam majli penyampaian sijil penyertaan kepadawakil peserta Kebitaraan Mahasiswa (K.A.M.i) di Kuching Sarawak semalam
KUCHING – Majlis pimpinan Rakan Siswa YADIM Sarawak dengan kerjasama Institut kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menjayakan program Kebitaraan Mahasiswa (K.A.M.i) yang bertempat di Dewan Al-wadi IKMAS di sini pada 20 Februari.
Program selama sehari ini telah melibatkan seramai 60 pelajar Diploma Dakwah Islamiah semester dua dan telah mendapat sambutan yang sangat baik.
Ia dirasmikan oleh yang berusaha Encik Sharizal Mat selaku Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Sarawak Encik Awang Dulhadi Awang Mat.
Objektif program adalah untuk melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang mempunyai idealisme Islam dalam diri pendakwah agar dakwah dapat disebarkan dengan hikmah dan bijaksana.
Semoga program sebegini dapat diteruskan bagi mengahasilkan impak positif kepada mahasiswa dan mahasiswi di Bumi Kenyalang agar dapat membantu gerak kerja dakwah khususnya dakwah belia di kawasan pedalaman.

Artikel Berkaitan

Ceramah Ihya Ramadan YADIM Pulau Pinang

BERTUJUAN Meningkatkan Kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan ibadah dalam bulan Ramadan, YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala

Kunjung hormat SAY Pekan ke YADIM Pahang

PEJABAT YADIM Negeri Pahang telah dikunjungi oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Pekan pada 14 Februari. Rombongan seramai sembilan orang ini yang diketuai oleh

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *