Pelantikan MPN RSY Sarawak, Induksi Kepimpinan Rakan Negeri Sarawak

KUCHING – Majlis Pimpinan Negeri (MPN)  Rakan Siswa YADIM (RSY) bagi tahun 2022 – 2023 telah menerima watikah pelantikan mereka pada 21 Februari di sini. Simbolik penyerahan watikah disampaikan kepada Pengerusi MPN RSY Sarawak, Muhammad Bahrin Al-Bahri oleh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh di sini. Terdahulu, telah berlangsung induksi MPN Sarawak […]

YADIM Sarawak diberikan pengiktirafan CDERT APM

KUCHING – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sarawak komited melahirkan ahlinya yang berilmu melalui pelbagai aspek tidak terhad kepada berdakwah sahaja, malah membantu dalam misi bencana alam. Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Kamarul Arief Tuan Soh berkata, pengiktirafan Skuad Pasukan Bertindak Pertahanan Awam (CDERT) APM – YADIM penting dalam usaha yayasan itu meringankan bebanan orang […]

Pelancaran CDERT APM – YADIM

KUCHING – Gerak kerja dakwah masa kini memerlukan usaha yang melangkaui keselesaan pejabat berhawa dingin. Inisiatif turun padang kini menjadi satu kemestian, umpamanya terlibat sama dengan usaha bantuan bencana dan sebagainya. Bertitik tolak dari sifat pro aktif dan sentiasa mendahulukan rakyat ini, Angkatan Pertahanan Awam telah menawarkan agar YADIM mengikuti kursus Asas CDERT (Civil Defense […]

Dakwah menerusi ekonomi dan pendidikan untuk golongan muda

KUCHING – Lebih banyak ruang dan peluang kerjasama dakwah bakal dilaksanakan YADIM Sarawak di negeri ini, terutamanya melibatkan golongan muda. Ini merupakan antara yang dilontarkan dalam pertemuan YADIM Sarawak bersama Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di sini pada 21 Februari. Ketua Menteri Sarawak itu turut menyeru […]

Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM

BANTING – Pada 18 hingga 20 Februari 2022, Bahagian Kepimpinan Muda melalui Unit Belia telah menganjurkan program Induksi Pembimbing Rakan Belia YADIM yang diadakan di El – Azzhar Camp di sini. Objektif program ini adalah untuk memberi latihan kepada pembimbing Rakan Belia YADIM yang berperanan sebagai nuqaba’ dan ejen lajnah dakwah kepada ahli-ahli Rakan Belia […]

Mahkamah arah 3 beradik mualaf diserahkan semula kepada ibu

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan habeas corpus daripada Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan tiga anaknya yang telah memeluk agama Islam. Penghakiman itu dibuat oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah selepas mendengar hujahan daripada peguam Siew Hong dan peguam yang hadir mewakili ustazah Nazirah Nanthakumari Abdullah. Siew Hong […]

Sumbangan beg sekolah untuk keluarga AJK SAY Kuala Langat

KEBUN BHARU – Begitu proaktif turun padang menyantuni warga yang memerlukan, namun pada masa yang sama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat tidak melupakan kebajikan ahli ahlinya. Pada 20 Februari, SAY Kuala Langat menyampaikan sejumlah 15 buah beg sekolah kepada ahlinya yang mempunyai anak ataupun cucu yang masih bersekolah. Beg sumbangan YADIM ini adalah persiapan untuk […]

Kembara Dakwah Belantara Siri 4 di Perkampungan Orang Asli Pos Pulat

GUA MUSANG – Komuniti Orang Asli di negeri ini tidak pernah dipinggirkan oleh YADIM Kelantan dalam usahanya melestari gerakan dakwah. Justeru, bertempat di Perkampungan Orang Asli Pos Pulat di sini, YADIM Kelantan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, rakan badan bukan kerajaan MyCorps […]

RSY Sarawak Anjur Program Kebitaraan Mahasiswa Islam.

KUCHING – Majlis pimpinan Rakan Siswa YADIM Sarawak dengan kerjasama Institut kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) telah menjayakan program Kebitaraan Mahasiswa (K.A.M.i) yang bertempat di Dewan Al-wadi IKMAS di sini pada 20 Februari. Program selama sehari ini telah melibatkan seramai 60 pelajar Diploma Dakwah Islamiah semester dua dan telah mendapat sambutan yang sangat baik. Ia […]