Home » Langit Terbuka » Russia 2018: Xhaka, Shaqiri Berdepan Hukuman FIFA

Russia 2018: Xhaka, Shaqiri Berdepan Hukuman FIFA

Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri meraikan jaringan mereka dengan membuat gaya 'dua helang' dengan tangan mereka mewakili bendera Kosovo yang dilihat sebagai simbol penentangan

MOSCOW – Switzerland bakal berdepan tindakan daripada FIFA kerana dua pemainnya, Granit Xhaka dan Xherdan Shaqiri meraikan gol kemenangan 2-1 ke atas Serbia bermotifkan politik.

Cara Shaqiri dan Xhaka seolah-olah memperlihatkan asal usul mereka di Kosovo, sebuah bekas daerah di Serbia yang mencetuskan ketegangan sebelum dan sewaktu perlawanan awal pagi Sabtu lalu.

Mereka melakukan gaya ‘dua helang’ dengan tangan mereka mewakili bendera Kosovo, yang dilihat sebagai simbol penentangan.

Shaqiri dan Xhaka bakal digantung dua perlawanan jika didapati bersalah.

Shaqiri diejek sepanjang permainan oleh penyokong Serbia dalam perlawanan berkualiti tinggi itu namun penyerang Stoke City itu membalasnya dengan jaringan kemenangan pada saat akhir.

Pada perlawanan itu, Serbia membuka jaringan awal  pada minit kelima tetapi Xhaka berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua.

Shaqiri melengkapkan gol kemenangan Switzerland pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu Switzerland menduduki tangga kedua Kumpulan E berkongsi empat mata dengan pendahulu, Brazil. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *