Home » Langit Terbuka » Russia, China tolak resolusi gencatan senjata di Aleppo

Russia, China tolak resolusi gencatan senjata di Aleppo

NEW YORK, 6 Dis. – Russia dan China hari ini menggunakan kuasa veto menolak resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata tujuh hari di Aleppo, Syria.

Russia yang menjadi sekutu rejim Bashar Al-Assad memberi alasan gencatan senjata itu akan memberi peluang kepada pejuang untuk menyusun semula gerakan mereka.

Ini adalah kali keenam Russia menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Majlis Keselamatan sejak konflik Syria bermula pada 2011 lalu dan kali kelima China menghalang langkah berkenaan.

Venezuela juga mengundi menentang teks gencatan senjata disediakan New Zealand, Mesir dan Sepanyol, manakala Angola berkecuali. Sebelas lagi negara mengundi menyokong.

PBB berkata, 200,000 penduduk mungkin terperangkap di kawasan dikuasai penentang rejim Assad di sekitar Aleppo dengan makanan dan bantuan kemanusiaan kurang. – Agensi

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *