Home » Langit Terbuka » Russia mahu AS jauhi urusan dalaman Iran

Russia mahu AS jauhi urusan dalaman Iran

Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov

Sumber: AFP

Gambar : https://brics2015.ru/

MOSCOW 4 Jan. – Russia memberi amaran kepada Washington supaya jangan masuk campur dalam hal ehwal dalaman Iran.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Presiden Donald Trump berjanji membantu rakyat Iran ‘mengambil semula’ kerajaan susulan bantahan di republik berkenaan.

Rumah Putih berkata, ia mempertimbangkan sekatan terhadap pihak yang terbabit menentang tunjuk perasaan itu, yang menyebabkan 21 maut dalam masa lima hari.

“Kami memberi amaran kepada AS supaya jangan masuk campur dalam urusan dalaman Iran.

“Walaupun banyak cubaan untuk mengelirukan apa yang berlaku di Iran, saya yakin jiran kami, rakan kami itu, akan dapat mengatasi kesukaran berkenaan,” kata Timbalan Menteri Luar Russia, Sergei Ryabkov, dalam temubual dengan agensi berita TASS.

Beliau juga mengkritik desakan dibuat Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan untuk membincangkan perkara itu.

Iran, semalam menuduh AS masuk campur urusan dalaman negara itu.

Bantahan berhubung masalah ekonomi berlaku di bandar raya Mashhad pada 28 Disember lalu dan merebak pantas ke seluruh negara, menentang rejim itu secara keseluruhan.

Artikel Berkaitan

Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI

HULU LANGAT – Program Training of Trainers Nadwah Kepemimpinan Islam Generasi MADANI Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM telah berlangsung pada

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *