Home » Langit Terbuka » Sah atau tidak, semak sekolah agama berdaftar di portal Simpeni

Sah atau tidak, semak sekolah agama berdaftar di portal Simpeni

Paparan antara muka hadapan portal Simpeni JAKIM. - Foto JAKIM

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan sebuah laman sesawang yang boleh membantu ibu bapa mencari dan menentusahkan sekolah-sekolah agama berdaftar di seluruh negara.

Portal Sistem Maklumat Pendidikan Islam atau Simpeni menyediakan fungsi Carian Sekolah, statistik bilangan sekolah mengikut jenis serta bilangan pelajar, takwim dan pekeliling pada halaman utama.

Menerusi Carian Sekolah, ibu bapa boleh membuat semakan mengikut kategori iaitu semua sekolah agama, sekolah agama negeri, sekolah agama swasta dan sekolah Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), mengikut negeri dan daerah.

Menerusi statistik pula, FMT mendapati terdapat sebanyak 3,874 sekolah agama berdaftar pelbagai peringkat di seluruh negara, termasuk 1,586 peringkat rendah, 794 peringkat tadika dan 704 peringkat tahfiz.

Ia turut menyediakan dokumen agihan peruntukan khas kerajaan persekutuan bagi institusi pondok, tahfiz, sekolah agama negeri, sekolah agama rakyat, dan sekolah agama swasta berdaftar untuk bacaan pengunjung di halaman Info Edaran.

Sehingga kini laman itu telah dikunjungi lebih tiga juta pengunjung. – FMT

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *