Home » Langit Terbuka » Sah solat di masjid dibina daripada dana loteri

Sah solat di masjid dibina daripada dana loteri

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Mohd Noor pada sesi penjelasan bersama ahli kariah Masjid Rantau Panjang.

KEPALA BATAS – Harus dan sah. Itu keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang berkaitan hukum menunaikan solat di dalam masjid yang dibina menggunakan sumber daripada ‘dana loteri’.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Mohd Noor berkata keputusan ini diambil berdasarkan beberapa hujah serta dalil dan ia ditetapkan menerusi perbincangan bersama ahli jawatankuasa dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 18 dan 19 Disember tahun lalu.

“Mesyuarat fatwa memutuskan bahawa hukum membina masjid daripada sumber haram seperti dana loteri kebajikan masyarakat adalah haram setelah meneliti keterangan serta hujah dan dalil.

“Bagaimanapun, harus hukumnya bagi didirikan solat Jumaat atau fardu yang lain di masjid sedemikian kerana hukum haram adalah bagi membinanya sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi penjelasan mengenai isu itu bersama ahli kariah Masjid Rantau Panjang, hari ini.

Katanya, hukum berkenaan terpakai bagi semua masjid yang dibina menggunakan sumber loteri di seluruh negeri itu dan pihaknya akan mewartakan fatwa terbabit bagi mengelakkan keraguan.

“Isu ini mula timbul sekitar tahun 60an, namun ia mula dibincangkan anak-anak kariah hingga wujud perasaan ragu-ragu untuk bersolat di dalam masjid yang dibina menggunakan sumber haram.

“Kita tidak mahu ia berlarutan dan membuat keputusan supaya ia dapat diselesaikan segera dengan mengambil kesempatan menerangkan kepada ahli kariah dan mewartakan hukum ini,” katanya. – SINAR HARIAN

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *