Home » Citra Yadim » Sahabat YADIM sertai program TRAPI

Sahabat YADIM sertai program TRAPI

PUTRAJAYA 6 Mac – Seminar Transformasi Permikiran Islam (TRAPI) Peringkat Kebangsaan 2017 yang diadakan melibatkan ahli-ahli Sahabat YADIM pada 4 Mac lalu telah menarik hampir penyertaan 700 peserta  yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari 14 pusat pengajian tinggi.

Program yang diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka itu telah dipenuhi dengan program ceramah oleh tokoh-tokoh tertentu yang membicarakan pelbagai isu penting seperti pindaan Rang Undang-undang 355, ancaman akidah dan ancaman Daiesh.

Ceramah pertama yang membawa tajuk `RUU 355 ; Memperkasakan Mahkamah Syariah : Realiti Dan Cabaran’ telah disampaikan oleh  Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia, Datuk Prof. Mahamad Naser Bin Disa

Program kemudian diteruskan dengan ceramah oleh A. Karim Omar dengan tajuknya `Ancaman Kristianisasi Dan Akidah Ummat Islam Masa Kini’ dan slot terakhir oleh Mohd Aswanizam Aliah dengan tajuk `Ancaman Media Massa Daiesh’.

Sementara itu, Pengurus Eksekutif Bahagian Kepimpinan Muda (Kemuda) YADIM, Zamani Karulani berkata, program ini diharapkan menjadi pencetus kepada kekuatan memartabatkan Islam sebagai agama negara.

“Ini seterusnya akan menjadikan seluruh anak muda harapan ummat terus bersemangat dan konsisten dalam memperjuangkan kedaulatan Islam di negara ini,’’ katanya.

Beliau berkata, apa yang menarik program ini berjaya menghimpunkan ahli-ahli Sahabat YADIM dari seluruh negara ini sekaligus memberikan mereka peluang untuk bertukar-tukar fikiran.

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *