Home » Citra Yadim » Sahabat YADIM UMT anjur OSP

Sahabat YADIM UMT anjur OSP

PADA 21 MEI lalu Sahabat YADIM Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menganjurkan program Outreach School Programme (OSP) bertempat di Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Batu Rakit.

Program itu telah dibimbing oleh Exco Siswi Sahabat YADIM UMT atau lebih dikenali sebagai Fadwah iaitu singkatan kepada Fikrah & Dakwah An-Nisa’.

Pada program OSP kali ini, Sahabat YADIM UMT telah membawakan tajuk yang khusus untuk adik-adik muslimah iaitu `Memperkasa Kepimpinan Muslimah’,memfokuskan kepada pembinaan jati diri pelajar-pelajar perempuan agar mereka menyemat dalam sanubari mereka jati diri muslim sejati.

Program ini melibatkan para pelajar dari Tingkatan 1 hingga 3 dan sepanjang program para peserta berkenaan telah diberi pendedahan dengan pelbagai perkara berhubung kepimpinan Islam.

Pada keseluruhannya, para pelajar SBPI Batu Rakit ini telah memberikan respons yang sangat menggalakkan dan rata-rata mereka menyatakan keterujaan mengenai program berkenaan dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *