Home » Langit Terbuka » Salur aduan kepada SKMM

Salur aduan kepada SKMM

Menerusi aduan kepada SKMM, sebarang perkembangan ajaran sesat boleh dipantau pihak berkuasa untuk tindakan susulan. - Foto FMT

Kuala Lumpur: Orang ramai digesa menjadikan budaya membuat aduan menggunakan saluran aduan yang disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi membanteras sebarang salah laku termasuk ajaran sesat.

Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Siraj Jalil berkata, perkara itu perlu memandangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, normal kehidupan sudah berubah dengan kebergantungan kepada media sosial yang tinggi.

Katanya, gerakan ajaran sesat juga tidak terlepas daripada menggunakan teknologi terkini seperti media sosial untuk menyebarkan dakyah palsu dan mengumpul pengikut.

“Sebagai mana ajaran yang disebarkan menggunakan kaedah komunikasi moden, pemantauan dan penguatkuasaan perlu diperketatkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Ia perlu dipertingkatkan lagi dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang antaranya menggunakan Youtube dan Telegram sebagai medium interaksi bersama pengikut.

Menurutnya, kadar maklum balas aduan pengguna kepada agensi berkaitan komunikasi masih di tahap rendah dan ia perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Katanya, pemantauan sebarang gerakan menerusi platform komunikasi baru juga perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Siraj berkata, menerusi aduan kepada SKMM, sebarang perkembangan gerakan berkenaan boleh dipantau pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *