Home » Langit Terbuka » Saman AES belum dibayar dibatalkan

Saman AES belum dibayar dibatalkan

Kerajaan berkorban untuk tidak mengutip saman AES yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off, ujar Menteri Pengangkutan

PUTRAJAYA – Semua 3.1 juta saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) membabitkan nilai RM435 juta yang belum dibayar sejak sistem itu dilaksanakan pada 2012, dibatalkan.

Selain itu, sistem berkenaan akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini, selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dengan dua syarikat konsesi yang mengendalikan sistem itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Mulai 1 September ini, operasi kamera, mengambil gambar dan mengeluarkan saman AES semuanya akan dilakukan JPJ.

“Kerajaan juga berkorban untuk tidak mengutip saman yang belum berbayar dan ini akan dilaksanakan secara one-off,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagi saman AES yang sudah dibayar, Siew Fook berkata, jumlah bayaran tidak akan dikembalikan kerana kerajaan tidak mampu untuk membuat pembayaran balik.

Selain itu katanya, kerajaan turut bersetuju untuk membayar balik RM555 juta daripada Tabung Lembaga Tabung Angkatan Tenteta (LTAT) secara berperingkat, yang digunakan kerajaan terdahulu bagi membayar pengambilalihan dua syarikat konsesi AES.

Siew Fook berkata, kerajaan juga bersetuju pelaksanaan Sistem eCall yang sepatutnya wajib dipasang pada kereta baharu bermula Julai 2019 ditangguhkan. – Berita Harian

Artikel Berkaitan

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Mohon keampunan dengan istighfar & taubat

Bertitik tolak daripada strategi iblis dalam usahanya mengusir Adam dan Hawa a.s. dari syurga sehingga menyebabkan kedua-duanya lalai dan leka dengan pesanan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *