Home » Langit Terbuka » Saman tertunggak AES dibatalkan kerana tidak bawa hasil kerajaan

Saman tertunggak AES dibatalkan kerana tidak bawa hasil kerajaan

Menurut Menteri Pengangkutan, selain perjanjian berat sebelah, kerajaan juga memutuskan untuk tidak menyambung kontrak syarikat pengendali AES kerana tidak bersetuju penswastaan terhadap tindakan penguatkuasaan

PUTRAJAYA – Pembatalan saman tertunggak Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai kira-kira RM435 juta dilakukan kerana perjanjian dahulu adalah berat sebelah dan sebarang kutipan yang akan dibuat tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, berikutan kerajaan terdahulu telah mengurangkan kadar saman daripada RM300 kepada RM150, kerajaan terikat untuk menyerahkan sepenuhnya hasil kutipan kepada dua syarikat pengendali sistem berkenaan.

Katanya, berdasarkan perjanjian, syarikat-syarikat berkenaan berhak mendapat dua tier bayaran iaitu RM16 untuk setiap saman dan tier kedua adalah 50 peratus dari nilai sebenar saman RM300.

“Bagi mereka yang mempersoalkan kerajaan hilang sumber pendapatan, ia tidak hilang pun sebab kalau kutip, kita tidak dapat pun hasil,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kelmarin, Anthony mengumumkan semua saman AES.yang dikeluarkan sejak 2012 dibatalkan melibatkan 3.1 juta saman dengan nilai bayaran kira-kira RM435 juta.

Menurut Anthony, selain perjanjian yang berat sebelah, kerajaan juga memutuskan untuk tidak menyambung kontrak syarikat pengendali AES kerana tidak bersetuju penswastaan terhadap tindakan penguatkuasaan. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *