Home » Citra Yadim » Sambutan Ambang Merdeka YADIM Perak

Sambutan Ambang Merdeka YADIM Perak

BUKIT GANTANG – Detik 12 malam tanggal 31 Ogos disambut meriah berteraskan nilai-nilai Islam. Kehadiran masyarakat setempat yang memenuhi segenap ruang Arena Futsal di sini membuktikan semangat patriotisme dan cintakan negara masih utuh di kalangan rakyat.

Program dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta alunan qasidah oleh Kumpulan Shoutul Qiam, sebelum diteruskan dengan persembahan daripada kumpulan Shoutul Wildan.

Pengunjung kemudianyya disegarkan dengan forum kemerdekaan oleh dua orang panel iaitu Haji Hussin Ismail dan Dr Mastura yang menyentuh aspek kepentingan politik dalam masyarakat.

Program diakhiri dengan orang ramai menanti detik 12 malam sambil melaungkan laungan merdeka serta nyanyian nasyid Asma Ul-Husna dan Lagu Negaraku. Kemudian ditutup dengan bacaan doa kesejahteraan negara.

Penyelaras YADIM Perak Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar hadir ke program ini dan memberikan ucapan penutup program.

Artikel Berkaitan

Usaha Memperkasa Institusi Pondok

PUTRAJAYA – Satu Lagi usaha memperkasa institusi pondok di negara ini berlangsung pada 14 April apabila Mesyuarat Syura Nasional Pondok MADANI telah

Bagaikan Aur Dengan Tebing

SETIAP manusia yang bergaul dengan satu golongan mestilah ada caranya tertentu dan ada berbagai-bagai bentuk. Ini termasuklah daripada segi hubungan persahabatan, hubungan

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *