Home » Citra Yadim » Sambutan hangat Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang

Sambutan hangat Konvensyen Negara Rahmah Pulau Pinang

SEBERANG JAYA – Lebih 500 peserta menghadiri Konvensyen Negara Rahmah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang diadakan di sini pada 21 September.

Ia melebihi jangkaan awal oleh penganjur iaitu kira kira 400 orang.

Program bermula jam 7.30 pagi ini merupakan anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), kerajaan negeri Pulau Pinang dan Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

Konvensyen ini yang pertama kali dianjurkan oleh YADIM di negeri ini, disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Yang Berhormat (YB) Dato’ IR Zakiuddin Abd Rahman manakala ucaptamanya disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf.

Ia mempunyai objektif untuk memahamkan masyarakat tentang konsep penghayatan Rahmatan Lil Alamin dalam konteks pentadbiran hsl ehwal Islam dan interaksi sesama warga pelbagai kaum dalam realiti Malaysia kini.

Hadir sama ialah Timbalan Yang Dipertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Zolkharnain Abidin serta Pengarah ISDEV, Yang Berusaha Dr Shahir Akram Hassan dan Penyelaras YADIM Pulau Pinang, Ustaz Afifi Ruslan, ahli ahli badan bukan kerajaan dan ramai lagi.

Selepas ucaptama, Zolkharnain membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Negara Rahmah, Hidup Secara Aman Dalam Konteks Malaysia’.

Ia disusuli dengan pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Konsep Rahmah Dalam Bernegara: Ekonomi, Politik dan Sains’ oleh Duta Rahmah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar.

Di akhir pembentangan kertas kerja,para peserta diberikan peluang untuk bertanyakan soalan kepada para pembentang.

Antara yang diajukan ialah persoalan sama ada benar Islam terancam, persepsi toleransi antara kaum di negara ini dan usaha usaha ke arah memperkasa bidang dakwah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *