Home » Citra Yadim » Street Dakwah DMY di Kota Bharu

Street Dakwah DMY di Kota Bharu

Kota Bharu – Sebagai merasai sendiri pengalaman berdakwah di lapangan, graduan Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY – YADIM) telah mengadakan aktiviti Street Dakwah di sekitar bandar ini pada 19 hingga 22 September lalu.

Seramai tujuh DMY dengan disertai oleh lima orang ahli Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY) telah melaksanakan aktiviti berkenaan di sekitar lokasi tumpuan pelancong di sini.

Antara yang dilakukan ialah penerangan tentang Islam selain pengedaran risalah kepada para pelancong di sini. Aktiviti selama sejam setengah bermula jam 10 pagi ini, ini turut disertai oleh ahli badan dakwah, International Islamic Dakwah Centre (IIDAC) diketuai saudara baharu, Muhamad Michael.

Acara street dakwah ini merupakan sebahagian daripada pengisian program Ziarah Rahmah Muallaf anjuran YADIM dengan kerjasama Masjid Pulau Tukang Dollah, Masjid Muhammadi dan IIDAC di negeri ini.

Selain Street Dakwah ini, turut diadakan ialah sesi ceramah motivasi, sesi perkongsian ilmu seperti Tahsin Solat dan Tahsin Al Quran, kelas tulisan Jawi dan ceramah kepada ahli Jemaah masjid pada sebelah malam.

Acara memasak bubur Asyura dan kenduri bersama penduduk kampung juga diadakan bagi menyantuni mereka.

Tidak ketinggalan ialah pemberian sumbangan keperluan kepada 15 orang asnaf yang menyertai Ziarah Rahmah Muallaf ini.

Mereka yang melaksanakan program ini merupakan kumpulan pertama yang menamatkan latihan bersama YADIM pada 1 Ogos lalu.

Program ini dikendalikan oleh Penyelaras DMY Nor Akmal  Abdul Malik dan dibantu oleh Nathrah Mohamed Said selaku pembantu penyelaras program.

 

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *