Home » Citra Yadim » Sambutan Maal Hijrah dan Pertandingan Kalam Jaddi PAWE Perlis

Sambutan Maal Hijrah dan Pertandingan Kalam Jaddi PAWE Perlis

ALOR SENA – Dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, YADIM telah menganjurkan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H dan Pertandingan Kalam Jaddi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Peringkat Negeri Perlis di PAWE Durani, Alor Sena pada 2 Ogos.
Ia dimulakan dengan sesi Bicara Dakwah oleh pendakwah bebas, Ustaz Hashim Othman sebelum pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Quran diadakan.
Pemenang pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan ini akan mewakil Perlis untuk peringkat PAWE Kebangsaan kelak.
Sementara itu turut diumumkan dalam program ini ialah pemenang Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat PAWE Negeri Perlis bagi tahun 2023 iaitu Ustaz Pisol Yusob, Johan Qari Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan tahun 2005.
Perasmian program ini disempurnakan oleh Ustaz Mohd Afifi Ruslan mewakili Pengarah YADIM Kedah/Perlis.
Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas JKM Perlis, Puan Noraishah Sulaiman mewakili Pengarah JKM Perlis, Pengerusi PAWE jejawi, Encik Zahari Bakar dan Pengerusi PAWE Durani, Hajah Saadiah Habil.

Artikel Berkaitan

Mendekati Anak Muda, Menghayati Kisah Rasulullah

BANDAR MUADZAM SHAH – Meneruskan program mendekati mahasiswa, YADIM menerusi Bahagian Kepimpinan Muda telah menganjurkan Program Menghayati Kisah Rasulullah dan Kenegaraan Malaysia

YADIM Turut Serta Program MADANI Kita

KUALA LUMPUR – Program MADANI Kita bersama Komuniti Lembah Pantai telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *