Home » Citra Yadim » Kunjungan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP

Kunjungan Bahagian Pembangunan Insan MAIWP

YADIM Pada 3 Ogos menerima kunjungan Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan memperkasa lagi bidang kerjasama yang telah dijalin sebelum ini.
Ketua Unit Seranta, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Umie Zaitun Junoh bersama para pegawainya menemui Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bagi membincangkan beberapa program yang berpotensi diadakan bersama.
Antaranya termasuklah pembangunan potensi pelajar-pelajar di bawah pelbagai institusi pendidikan MAIWP.
Mereka juga menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan ke Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH) di Semungkis, Hulu Langat bagi meninjau kemudahan dan cadangan mengadakan program di
sana.
Hadir sama dalam pertemuan ini ialah Pengetua Pondok Moden Al Baqirah, Ustaz Muhammad Al Zubair Abd Samad Cheam.
Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan, Kapten (B) Shamsuddin Moner, Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita, Encik Ahmad Saparudin Yusup dan Pengarah Bahagian Pembangunan Duat, Puan Rohaizah Jawahir turut sama mewakili YADIM dalam pertemuan ini.
YADIM dan MAIWP saban tahun bekerjasama menerusi beberapa bidang, melibatkan pelbagai program di seluruh negara.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *