Home » Citra Yadim » Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Muda

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Muda

SAMBUTAN Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Muda 1445/2023 pada 7 Oktober diraikan penuh meriah apabila lebih 5,000 orang menghadirinya.
YADIM Kedah turut sama menyertai perarakan bersama 39 kontinjen dalam program anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) ini.
Bersama YADIM Kedah ialah ahli Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Merbok, Pantai Merdeka dan Pendang.
Majlis pelepasan perarakan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Yang Berhormat Dr.Taufik Johari.
Turut hadir bersama Pegawai Daerah Kuala Muda, Tuan Ilias Shuib dan Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Tuan Syeikh Mohd Noor Ismardi Ismail .
Pengarah Bahagian Khidmat Bakti YADIM, Puan Hafsah Hashim turut hadir bersama.
Pengisian lain program termasuklah pengkisahan Sirah Rasulullah SAW yang telah disampaikan oleh Daie Wan Dazrin Wan Din, gema selawat bersama anak-anak tahfiz, marhaban dan selawat, program derma darah dan kenali ubat, demontrasi motosikal berkuasa tinggi, memanah dan berkuda serta kenduri maulud hasil sumbangan badan badan bukan kerajaan terlibat kepada pengunjung yang hadir.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *