Home » Citra Yadim » Program YADIM Kolaboratif:Karnival MADANI

Program YADIM Kolaboratif:Karnival MADANI

GANDINGAN Pelbagai agensi kerajaan memeriahkan Program YADIM Kolaboratif:Karnival MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu apabila kira kira 700 pengunjung menghadirinya pada 7 Oktober.
Dengan YADIM selaku tuan rumah, ia turut dijayakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN),Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Majlis Keselamatan Negara, Hospital Tanah Merah, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain lain lagi.
Agensi-agensi yang terlibat telah membuka reruai pameran dan menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pemeriksaan kesihatan percuma, Jualan Rahmah, khidmat kaunseling, derma darah, ceramah keselamatan dan lain-lain.
Program bermula seawal jam 8 pagi dengan aktiviti senamrobik yang disertai hampir 250 peserta.Turut diadakan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan sukaneka bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, Kota Lama, Yang Berhormat Dr Hafidzah Mustakim .
Pada sebelah malam pula diadakan Pentas YADIM: Malam Cinta Rasul yang bertajuk ‘Membina Masyarakat Madani’.
Program dimulakan dengan persembahan pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra yang mempersembahkan Koir Kod Tangan sebelum persembahan nasyid Soutul Barakah.
Pentas YADIM selepas itu menampilkan Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Mahadi Awang sebagai moderator dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dan Ustaz Mohd Rusli Hussain, Duat Al Falah sebagai ahli panel.
Perasmian program telah disempurakan oleh Dr Hafidzah Mustakim.
Pada akhir majlis seramai 110 asnaf dari DUN Kota Lama menerima sumbangan bekalan makanan asas tajaan YaPEIM dan Pusat Khidmat DUN Kota Lama.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *