Home » Citra Yadim » Sambutan Tahun Baru Cina PPR Desa Rejang bersama Daie Komuniti YADIM

Sambutan Tahun Baru Cina PPR Desa Rejang bersama Daie Komuniti YADIM

KUALA LUMPUR – Usaha dakwah  tanpa mengira latar belakang sentiasa menjadi keutamaan YADIM.

Sesuai dengan semangat tersebut,
Daie Komuniti YADIM pada 6 Februari telah menganjurkan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina bagi bertujuan  mengeratkan hubungan sesama kaum dan mendekatkan masyarakat bukan Islam kepada agama Islam.

Seramai 60 orang penduduk pelbagai bangsa termasuk Cina, India dan Melayu hadir ke program ini yang diadakan di Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di sini.

Program ini diadakan dengan kerjasama Daie Komuniti YADIM dan Majlis Perwakilan Penduduk, Parlimen Setiawangsa.

Tetamu yang hadir menerima sumbangan barangan,  risalah dakwah YADIM manakala golongan B40 turut menerima barangan keperluan harian.

Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita YADIM, Ustaz Azhar  Yahya hadir mewakili badan dakwah ini.

Turut sama ialah Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan, Parlimen Setiawangsa, Yusaini Amir dan Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Desa Rejang, Tuan Haji Ismail Shaari.

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *