Home » Citra Yadim » Ziarah SAY Kuala Langat di Permatang Pasir dan Kelanang

Ziarah SAY Kuala Langat di Permatang Pasir dan Kelanang

PERMATANG PASIR – Konsisten menyantuni masyarakat yang memerlukan, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 6 Februari telah menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga di sini dan Kelanang.

Bermula dengan aktiviti riadah di Bukit Jugra, SAY Kuala Langat kemudiannya ke Permatang Pasir menyampaikan sumbangan kepada
seorang ibu tunggal dan warga emas di Warung D’jeti pangkalan nelayan di kawasan tersebut.

Selesai di Permatang Pasir, dua keluarga di Kampung Katong dan Kampung Kelanang kemudiannya menerima sumbangan daripada SAY Kuala Langat.

Para penerima sumbangan mengucapkan terima kasih atas ingatan yang ditunjukkan kepada mereka.

Hadir menyampaikan sumbangan ialah Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *