Home » Citra Yadim » Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Sanjungan Budi Lambaian Kasih

PUTRAJAYA – Sebagai mengenang jasa dan mengucapkan selamat berjaya, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini (8 November ) menganjurkan majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih khusus untuk Mantan Yang Dipertua serta Timbalan Yang Dipertuanya.

Dr Yusri Mohamad dan Ustaz Zaidi Ramli telah diraikan dalam satu majlis sederhana tetapi bermakna di bilik Latihan YADIM di sini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum keduanya diberi peluang untuk berucap menyampaikan amanat terakhir kepada warga YADIM.

Mengimbau semula ketika mula mula diamanahkan memegang jawatan Yang Dipertua YADIM, Yusri memberitahu beliau amat berbelah bagi ketika itu.

“YADIM ini sebuah entiti yang rapat dengan kerajaan dan amat besar tanggungjawabnya, bukannya saya ketika itu tidak suka, tetapi beban tanggungjawab itu agak khuatir hendak digalas.

“Saya kemudiannya mendapatkan pandangan guru guru, sebelum bersetuju menjawat jawatan ini,” jelasnya sambil memberita, beliau bukan individu yang lari dari cabaran dan tanggungjawab.

Yusri juga mengambil kesempatan menyeru warga YADIM untuk menjalankan tugas dakwah sebenar dan bukannya sekadar ‘bekerja’ semata mata.

Zaidi pula yang diberi kesempatan berucap sebelum Yusri mengakui, beliau tegas dalam menjalankan tugas sehingga sering kali dianggap Timbalan Yang Dipertua garang oleh ramai kakitangan.

“Saya mahu pulihkan persepsi ramai bahawa kakitangan agensi agama ini seringkali sambil lawa dan dipersalahkan, jadi kita dari awal kena ada tanda aras kerja  yang paling kurang sama atau sebaiknya lebih tinggi daripada pihak lain,” jelasnya.

Pada masa yang sama, Zaidi menambah, di mana pun bakal ditempatkan, beliau sudi membantu YADIM pada masa akan datang.

Majlis hari ini disertai oleh kakitangan YADIM dari ibu pejabat di sini serta wakil dari zon zon. Sebagai meraikan Yusri dan Zaidi, mereka sepakat mengenakan baju batik YADIM berwarna biru muda.`

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *