Home » Citra Yadim » SAR Besut sampaikan sumbangan pasca banjir

SAR Besut sampaikan sumbangan pasca banjir

JERTIH – Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat seterusnya mengakibatkan banjir di Terengganu sudah bermula sejak awal Disember lalu dan berlanjutan sehingga sekarang.

Antara kawasan yang telah dilanda banjir termasuklah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Berang, Besut dan Setiu. Kehidupan mangsa yang terjejas pastinya memerlukan pembelaan dan bantuan. Prihatin dengan keadaan tersebut, Pasukan Sukarelawan Al Rahmah Besut telah melaksanakan program kemasyarakatan membantu golongan ini.

Bertempat di Kampung Tasek Cherang Melintang di sini pada 12 Disember lalu, sebanyak 25 keluarga disantuni mereka menerusi pemberian barangan dapur bagi meringankan beban mangsa mangsa banjir ini.

Mereka yang terpilih menerima sumbangan adalah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di sekitar kawasan ini, sebelum kembali semula ke kediaman selepas air surut.

Seramai 11 anggota SAR Besut terlibat dengan diketuai oleh Ustaz Mohd. Hanafi Teh. Menurutnya, selain mempromosikan kerja-kerja kebajikan dan semangat kerja sukarela, SAR Besut juga berhasrat membantu menceriakan mangsa-mangsa selepas dilanda musibah.

Hadir sama dalam majlis ini ialah Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu, Mahadi Awang.

Mahadi dalam ucapan ringkasnya berkata, beliau percaya bahawa program-program ziarah mangsa banjir sepert ini akan lebih menzahirkan konsep rahmah Islam untuk semua.

Sementara itu, berdasarkan laporan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini, Besut mencatatkan mangsa banjir paling ramai membabitkan 1,818 individu dari 491 keluarga dengan 46 PPS di buka di daerah berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *