Home » Citra Yadim » SAR santuni penduduk Kapar,pesakit buah pinggang

SAR santuni penduduk Kapar,pesakit buah pinggang

KAPAR – Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 20 Jun telah mengadakan program Musa’adah Syawal Sukarelawan Ar Rahmah (SAR) Kapar di sini.

Selain SAR Kapar, ia juga mendapat kerjasama SAR Kuala Langat dan SAR Selangor.

Seramai 50 penduduk sekitar pekan ini yang terjejas akibat Covid-19 menerima sumbangan barangan keperluan harian oleh YADIM dalam program ini.

YADIM dalam program yang diadakan di Masjid Batu 4 Kapar ini, diwakili oleh Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Ar Rahmah, Abdul Qaiyum Aris serta pegawai daripada bahagian tersebut.

Nazir masjid berkenaan, Osman Baharudin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan YADIM mengadakan program ini, serta menyampaikan sumbangan kepada ahli kariah masjid yang terjejas dengan Covid-19.

Tambahnya, walaupin ini kali pertama kedua pihak mengadakan program bersama, beliau yakin YADIM dan pihk masjid akan dapat menjalin kerjasama lebih erat pada masa akan datang.

Hadir sama dalam program ini ialah Pengerusi SAR Selangor, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya.

Selesai di Masjid Batu 4 Kapar, peserta program kemudiannya bergerak ke Pusat Dialisis Sementa di sini bagi menyampaikan sumbangan kepada pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan.

Seramai 45 pesakit menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada YADIM di pusat berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *