Home » Citra Yadim » Musa’adah Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY)

Musa’adah Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY)

JOHOR BAHRU – Rakan Siswa Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (RSY), selaku entiti sukarelawan dakwah di kalangan mahasiswa tidak melupakan aspek kebajikan untuk ahli ahlinya.

Bertempat di beberapa kawasan di negeri ini seperti Tangkak dan Johor Bahru, seramai 10 keluarga ahli RSY yang terkesan dengan musibah Covid-19 yang melanda negara, telah menerima bantuan badan itu pada 19 Jun.

Program Musa’adah Rakan Siswa YADIM PKPP Covid-19 (MERSY) ini bertujuan memberi sumbangan kepada ahli RSY yang mempunyai latar belakang keluarga B40, asnaf dan mereka yang ditimpa musibah

Pengarah Program, Siti Haida Faizal berkata, melalui penganjuran program , mereka bukan sahaja dapat meningkatkan hubungan silaturrahim sesama ahli, malah turut berpeluang menyelami jerit perih kehidupan rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

*Presiden Majlis Pimpinan Tertinggi Rakan Siswa YADIM (RSY) Ifirdaus bin Ithanin dalam pada itu berkata, program ini tidak akan berjaya tanpa sokongan Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang banyak membantu dari aspek nasihat dan tarbiyyah yang telah diterapkan dalam setiap model pembangunan kepimpinan muda.

Beliau juga berharap lebih ramai pihak lain akan menyertai program seumpama ini kerana selain ekonomi yang terjejas, sektor pendidikan juga merasa tempiasnya.

Turut serta dalam program ini ialah Penolong Pengarah Bahagian KEMUDA, Mohd Khamis Mohamad Sani, selaku penyelaras RSY Johor.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *