Home » Citra Yadim » SAR Selangor Ziarah Kasih ke Bagan Lalang

SAR Selangor Ziarah Kasih ke Bagan Lalang

SEPANG – Pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) Selangor kekal aktif melakukan program Ziarah Kasih mereka bagi menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Pada 27 Jun, mereka telah turun padang ke Kampung Orang Asli Bagan Lalang di sini menyantuni dua orang muallaf dan dua penduduk kampung berkenaan.

Kesemua mereka menerima sumbangan barangan keperluan harian bagi meringankan beban keluarga.

Turut disantuni ialah seorang warga emas yang bekerja sebagai nelayan di kampung berkenaan.

Dana sumbangan bagi program ini diusahakan sendiri oleh SAR Selangor, membuktikan komitmen tinggi pasukan ini bagi melaksanakan kerja kerja kebajikan.

Antara yang hadir mewakili SAR Selangor ialah Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha, Hanizah Sumiri.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *