Home » Citra Yadim » Perkongsian pengalaman lapangan bersama Uncle Kentang

Perkongsian pengalaman lapangan bersama Uncle Kentang

PUCHONG – Sesuai dengan hasrat
melahirkan pendakwah yang mampu berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat,  Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (DMY) didedahkan kepada situasi sebenar dakwah di lapangan.

Bertempat di perkarangan Restoran Maju  Utama di sini pada 27 Jun, bermula 10 pagi , seramai 21 pelatih DMY yang turut di sertai 3 penyelaras DMY 2020 telah menjalani sesi perkongsian pengalaman dengan aktivis sosial terkenal tanah air, Kuan Chee Heng, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Kentang.

Menerusi sesi ini, pelatih DMY menerima perkongsian daripada bukan Islam terhadap dakwah dan pengamalan murni Islam di Malaysia.

Ia juga bertujuan memberikan semangat untuk terus mencungkil pengalaman kerja di pelbagai lapangan dan platform yang ada di Malaysia khsusnya yang melibatkan rakyat berbilang kaum.

Chee Heng turut berkongsi kesukaran pengalaman hidupnya yang di lalui sehingga saat ini serta pelbagai insiden tidak di jangka ketika beliau melaksanakan kerja kerja sosial.

Turut hadir dalam sesi ini ialah wakil Hidayah Centre Foundation, selaku rakan kerjasama latihan DMY, Penolong Pengurus Latihannya, Wan Muhammad Wan Ibrahim dan kru penerbitan TV AL Hijrah.

Terdahulu, pelatih DMY baru sahaja selesai menjalani kursus Tekno Daie dengan kerjasama Universiti Multimedia pada 26 Jun. Selepas ini mereka akan terus mengikuti latihan dan penilaian akhir sebelum bergraduasi yang dijangka berlangsung pada 9 Julai 2020.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *