Home » Citra Yadim » Tze Min – SAR semarak kesukarelawanan, konsep Rahmah inklusif

Tze Min – SAR semarak kesukarelawanan, konsep Rahmah inklusif

SUNGAI PETANI – Penubuhan pasukan Sukarelawan Al Rahmah (SAR) di Sungai Petani diharapkan mampu menyemarakkan kegiatan kesukarelawanan di kawasan ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bakar Bata, Simon Ooi Tze Min berkata, ia adalah satu inisiatif yang wajar dicontohi dan dihebahkan kepada umum untuk kebaikan semua.

“Ia galakkan kasih sayang dan ajak untuk kita bersama mengejar kebaikan,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran pasukan SAR untuk Sungai Petani, Pendang dan Padang Serai di sini pada 22 Februari.

Penubuhan itu menjadikan Kedah kini memiliki lima pasukan SAR.

Dalam pada itu mengulas lanjut, Tze Min berkata, walaupun sebelum ini sudah ada pasukan sukarelawan dari pejabatnya yang melakukan kerja amal di sini sebelum ini, kehadiran SAR akan menyemarakkan lagi aktiviti penyampaian bantuan pada golongan yang memerlukan.

“Pada masa yang sama, ia akan mendorong golongan muda,belia dan mahasiswa untuk terlibat dalam kerja kerja amal.

“Saya harap SAR akan dapat menarik penyertaan ramai, seterusnya menyumbang kepada kewujudan masyarakat yang harmoni di sini”, katanya.

Beliau turut memuji pendekatan Rahmah yang diterapkan YADIM dalam menjalankan gerak kerja dakwah.

Menurut Tze Min, ia sesuai dengan kehidupan masyarakat majmuk negara ini yang memerlukan semua pihak menghormati satu sama lain.

“Ia lebih inklusif dan meraikan kepelbagaian dalam kehidupan masyarakat Malaysia,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *