Home » Citra Yadim » Saudara kita diraikan dengan korban Aidiladha

Saudara kita diraikan dengan korban Aidiladha

BINTULU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama  dua badan bukan kerajaan (NGO) iaitu iaitu Yayasan Ikhlas dan Hidayah Centre Foundation Bintulu berkerjasama melaksanakan ibadan korban di Kampung Muslim Segan Tengah, dekat sini, pada 23 Ogos.

Program berkenaan diadakan buat julung-julung kalinya dengan tujuan menyantuni dan menggembirakan golongan saudara kita bagi merasai perayaan Aidiladha dengan penyembelihan haiwan korban.

Kampung Muslim Tengah yang terletak kira-kira 20 kilometer dari Bintulu, menempatkan seorang Pembantu Daie YADIM iaitu Ustaz Mohamasir Muhammad yang berperanan sebagai pembimbing saudara kita di kawasan berkenaan.

Program korban ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penduduk kampung dengan 45 orang telah turut serta. Kampung berkenaan mempunyai 38 keluarga saudara kita dari kalangan orang Iban.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Wakil Kampung, Ridwan Abdullah dan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Kampung Muslim Segan Tengah.

Pelaksanaan program ini telah mengeratkan lagi ukhuwah penduduk setempat yang telah memulakan kerja-kerja berkaitan sejak malam raya yang dilakukan secara gotong-royong.

Sebagai Wakil Kampung, Ridwan mengucapkan terima kasih kepada YADIM kerana mengadakan majlis korban di kampung berkenaan serta menempatkan daie YADIM bagi membimbing masyarakat Islam di kawasan berkenaan.

Beliau juga berharap agar program dan kerjasama sebegini sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Inilah cara YADIM bergerak dalam menyantuni masyarakat antaranya melalui “Khidmat Bakti Sosial”

YADIM mempelawa semua yang mahu menyumbang di dalam tabung infaq YADIM boleh berhubung terus dengan Ustaz Ramzi Razak di talian 0168715079/ 082447886.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *