Home » Langit Terbuka » Saudi sita lebih 400 bilion riyal dalam penyelesaian kes rasuah

Saudi sita lebih 400 bilion riyal dalam penyelesaian kes rasuah

PEMANDANGAN pintu masuk Hotel Ritz Carlton yang menjadi lokasi penempatan tahanan kes rasuah di Riyadh, Arab Saudi, semalam. - REUTERS

RIYADH 30 Jan. – Arab Saudi sedang mengatur untuk merampas lebih 400 bilion riyal (RM411 bilion) dalam bentuk penyelesaian kewangan dengan ahli perniagaan dan pegawai kerajaan yang ditahan berhubung operasi membanteras rasuah di negara ini, baru-baru ini.

Peguam Negara Arab Saudi, Sheikh Saud Al Mojeb berkata, daripada 381 individu yang ditahan, sebanyak 56 orang masih belum membuat sebarang penyelesaian dan masih ditahan, berkurangan daripada 95 orang minggu lalu.

“Nilai anggaran penyelesaian kes rasuah ketika ini berjumlah 400 bilion riyal (RM411 bilion) mewakili pelbagai jenis aset termasuk hartanah, entiti komersial, keselamatan, wang tunai dan sebagainya,” kata beliau dalam satu kenyataan. – REUTERS

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *