KUALA LANGAT — Program Gotong Royong Dan Cuci-Cuci Surau Haji Mansur Kampung Sijangkang anjuran Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat telah diadakan pada 27 September.
Program dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Surau Haji Mansor ini bermula seawal jam 8 pagi dengan kerja-kerja pembersihan kawasan luar dan dalam surau.
Selesai inisiatif pembersihan, SAY Kuala Langat telah menziarahi seorang pesakit angin ahmar yang tinggal berdekatan, Encik Fadil Mohd.Kasim.
Sedikit barangan keperluan dapur telah disampaikan oleh SAY Kuala Langat dalam kunjungan ringkas ini.
Turun padang menyantuni masyarakat ialah Ketua Koordinator SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin,Pengerusi Surau Haji Mansur, Encik Yusri Ahmad serta barisan ahli jawatankuasa dan ahli SAY Kuala Langat



KOMEN