Home » Citra Yadim » SAY Kuala Langat – Juvita Seafood terus kerjasama santuni masyarakat

SAY Kuala Langat – Juvita Seafood terus kerjasama santuni masyarakat

MORIB – “Terima kasih lah dengan sumbangan ini. Ini pertama kali kami terima kunjungan seperti ini,”.

Itu antara yang diucapkan oleh warga Kampung Endah dan Batu Laut dekat sini yang menerima kunjungan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 10 Oktober.

Kehadiran SAY Kuala Langat itu jelas menggembirakan mereka. Meskipun sekadar kunjungan ringkas, namun ingatan dan santunan pada mereka yang memerlukan itu lebih penting.

Dua belas keluarga di dua kampung itu menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Juvita Seafood, rakan strategik SAY Kuala Langat yang kerap terlibat menyantuni masyarakat yang memerlukan di daerah ini.

Hadir ke program ini ialah pemilik Juvita Seafood, usahawan Dato Khamijas Ngainan, Datin Juvita  Wahab serta Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin dan ahli jawatankuasanya, Roslan Yaacob,Rasid Yusof,Rahim Badar,Zaleha Mokhtaram,Norhayati Dukeeran,Salina Abas dan Halimah Sadli.

Sebelum ini Juvita Seafood bersama SAY Kuala Langat telah beberapa kali turun padang menyampaikan sumbangan seperti di Tanjung Sepat dan Kanchong Tengah.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Ribuan wanita di Malaysia  pencari nafkah

PADA era ekonomi globalisasi kini yang sangat mencabar menjangkaui keupayaan individu melalui Revolusi Perindustrian 4.0 telah menampakkan perubahan yang ketara dari segi

Seiring Dakwah dan Amal

Alhamdulillah, kebelakangan ini, ramai dalam kalangan umat Islam yang cuba mengambil peluang menyampaikan dakwah terutamanya melalui kemudahan media sosial. Hal ini sebenarnya

Mus’ab Bin Umair: Menjadi Duta Umat

Hari ini tidak seperti dahulu. Pengamalan ajaran Islam sudah semakin meluas. Baik sekecil-kecil perkara seperti rancangan keagamaan di kaca televisyen sehinggalah pelaksanaan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *