Home » Citra Yadim » SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan.

SAY Kuala Selangor santuni keluarga mangsa kemalangan.

KUALA SELANGOR – Tidak tergambar kesedihan hati seorang ibu tunggal,  Puan Rohani Othman apabila mengetahui anak kesayangannya terlibat dalam kemalangan pada 14 Februari lalu.

Akibat insiden malang itu, Mohamad Noor Shariman Abdul Salim yang menjadi mangsa akibat kecuaian orang lain, telah kehilangan sebahagian kaki kanannya.

Cakna dengan kejadian tersebut, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Selangor pada 17 Februari telah menziarahi dan menyantuni keluarga Puan Rohani di sini.

Sebagai tanda prihatin, SAY Kuala Selangor yang diwakili oleh Pengerusinya, Puan Asmah Husin dan enam ahli jawatankuasanya telah menyampaikan sedikit wang hasil kutipan yang diusahakan mereka.

Biarpun sedikit, penyampaian sumbangan ini merupakan tanda ingatan dan inisiatif SAY Kuala Selangor meringankan beban yang dihadapi Puan Rohani yang menjual nasi lemak untuk menyara keluarganya.

Semoga dipermudahkan semua urusan untuk keluarga Puan Rohani.

 

 

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *