Home » Citra Yadim » SAY Sungai Petani ceriakan 20 penduduk Kampung Olak Madu, Pantai Perai dan Padang Mahligai

SAY Sungai Petani ceriakan 20 penduduk Kampung Olak Madu, Pantai Perai dan Padang Mahligai

SIDAM – Pada 10 Julai, Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Sungai Petani telah menyantuni 20 keluarga dari golongan asnaf, ibu tunggal dan lain lain yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
 
Mereka yang terdiri daripada penduduk Kampung Pantai Perai, Kampung Olak Madu dan Padang Mahligai menerima bakul makanan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Sungai Petani, Basor Harun.
 
Turut serta, Pengerusi SAY Padang Serai, Abu Bakar Awang dan wakil penduduk setiap kampung iaitu, Haslina Abd. Samad, Jamil Hanafi dan Abu Hassan Morad.
 
“Bila terlaksananya sekatan ini, mereka tidak boleh keluar bekerja, sedikit inisiatif kami untuk meringankan sedikit beban mereka sekurang kurangnya dapatlah melihat dapur penerima tetap berasap,”ujar wakil SAY.

Artikel Berkaitan

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *