Home » Citra Yadim » SAY Terengganu sanitasi masjid, bersih kediaman penduduk Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor

SAY Terengganu sanitasi masjid, bersih kediaman penduduk Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor

DUNGUN – Selepas membersihkan Sekolah Pasir Raja, Dataran Kejap dan Rumah Tamu Pasir Raja di sini sebelum ini, Sukarelawan YADIM (SAY)meneruskan lagi khidmat bakti mereka di sini pada 7 Januari.

 

Kali ini, seramai 26 orang SAY membersihkan pula Masjid Kampung Shukor di sini juga terjejas akibat banjir baru baru ini.

Mereka turut mengadakan kerja sanitasi bagi memastikan ia benar benar bersih untuk kegunaan jemaah apabila ia dibuka semula kelak.

Selepas solat Jumaat, SAY meneruskan lagi program mereka di Kampung Raja dengan membantu membersihkan sebuah kediaman mangsa banjir di sini.

Kedudukan rumah ini yang agak terlindung menyebabkan kewujudannya tidak disedari. Namun hasil usaha SAY, ia disedari dan dibantu untuk dibersihkan.

Pada 5 Januari lalu, SAY Terengganu menyertai seramai 180 sukarelawan daripada 11 agensi membersihkan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di sini.

Artikel Berkaitan

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Siapakah Ibnu Batutah?

Ibnu Batutah adalah tokoh muslim asal Moroko yang lahir tahun 1304 M dan suka melakukan pengembaraan ke berbagai penjuru dunia. Nama penuhnya,

Sang Pengiring Muhammad SAW

Abu ‘Abd Allah Zubair ibn al-Awwam adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau merupakan salah seorang “mubasyirin bil-jannah” (sepuluh sahabat yang dijamin masuk

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *