Home » Langit Terbuka » Switzerland kuatkuasa undang-undang larang wanita Islam pakai purdah

Switzerland kuatkuasa undang-undang larang wanita Islam pakai purdah

ZURICH, 9 Julai – Pihak berkuasa Ticino di Tenggara Switzerland menguatkuasa larangan pemakaian purdah untuk wanita Islam di bandar bermula 1 Julai lalu.

Larangan itu berkuatkuasa meliputi kedai-kedai, restoran dan bangunan awam setelah kerajaan tempatan meluluskan undang-undang tersebut berikutan pungutan suara yang dilaksanakan pada September 2013.

Wanita yang tetap memakai purdah akan dikenakan denda sehingga 7,850 pound (RM40,902) jika melanggar undang-undang berkenaan.

Selain Ticino, dimaklumkan beberapa kawasan lain termasuk Lugano, Locarno. Magadino. Bellinzona, Ascona dan Mendrisio turut melaksanakan peraturan sama.

Pada dasarnya, pihak berkuasa Ticino mahu mengharamkan burka dan penutup mulut yang dipakai oleh para penunjuk perasaan namun ahli Parlimen telah mengundi bahawa undang-undang itu hanya terpakai kepada purdah yang dipakai oleh wanita Islam tanpa sebarang pengecualian.

Susulan itu, para pelancong yang mengunjungi Ticino akan dimaklumkan perkara tersebut di lapangan terbang termasuk oleh pegawai-pegawai kastam di sempadan Itali tentang kesalahan menutup muka. – Agensi

Artikel Berkaitan

Diyat sebagai instrumen keadilan syariah

Diyat merupakan satu bentuk pampasan kewangan dalam sistem perundangan Islam yang diberikan kepada waris mangsa sebagai ganti rugi atas kehilangan nyawa atau

Ujian di bulan Ramadan

Ramadan ialah bulan ujian dan latihan perang melawan nafsu. Ujiannya memang berat dan payah sekali. Daripada keseluruhan umat Islam yang menyertainya, barangkali

3 Tingkatan Puasa

Imam Ghazali RA dalam kitab Ihya Ulumuddin telah mengkategorikan puasa kepada 3 peringkat iaitu: 1. As-Saumul umum – puasa umum. 2. As-Saumul

Search
ARKIB
KATEGORI

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *