Home » YADIM MADANI » SEBATI Madani Pulau Ketam

SEBATI Madani Pulau Ketam

Ia bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Khairun Najmi Fadzil pada 26 Februari dengan tajuk ‘Metodologi Dakwah Rasulullah SAW’ sebagai pengisian murabbi hari pertama.

SIRI Terbaharu Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor kali ini diadakan di Pulau Ketam, Klang pada 26 dan 27 Februari.

Pada 27 Februari, melalui kerjasama Bahagian Khidmat Bakti YADIM, pengisian program diteruskan dengan acara Cuci-Cuci membersihkan Balai Islam diketuai oleh Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin,  dan Pusat Tahfiz Mandarin Pulau Ketam diketuai oleh Ketua Koordinator Sukarelawan YADIM Kapar, Puan Alifah Nasiran.

Dalam program YADIM Peduli tersebut, kira-kira 20 ahli SAY YADIM Negeri Selangor bersama Bahagian Khidmat Bakti YADIM bergotong royong membersihkan kawasan Balai Islam dan Pusat Tahfiz Mandarin berkenaan.

Sementara itu pada masa yang sama turut berlangsung program YADIM Interaktif bersama anak-anak Orang Asli yang dikelolakan oleh barisan Daie Muda YADIM iaitu DMY Khairun Najmi Fadzil, DMY Nik Muhammad Saifullah dan DMY Muhammad Haikal Aminuddin.

Pada majlis penutupan program SEBATI Madani ini, Bahagian Khidmat Bakti YADIM diwakili Penolong Pengarahnya, Encik Abdul Qaiyum Aris telah menyampaikan watikah pelantikan pasukan Sukarelawan YADIM Pulau Ketam kepada Ketua Koordinatornya, Encik Mohd Anas Abdul Manan.

YADIM Negeri Selangor telah menyampaikan sebanyak 100 set Bakul Madani tajaan Yayasan Taqwa kepada asnaf, miskin dan muallaf Pulau Ketam. Bakul Madani yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof, ini turut diedarkan ke rumah-rumah golongan tua, sakit kronik dan Orang Kelainan Upaya di sekitar Pulau Ketam.

Turut hadir dalam sesi penyampaian sumbangan ialah Ketua Polis Balai Pulau Ketam, Sarjan Mejar Zulkafli Ajid dan Pembantu Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Klang, Ustaz Mohd Ezazul Fayzal bin Zolkep,  serta wakil Ahli Jawatankuasa Penduduk Pulau Ketam.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *