Home » YADIM MADANI » Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Peringat Daerah Baling

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Peringat Daerah Baling

RAMADAN Semakin menghampiri dan cakna dengan kehadiran bulan mulia itu, YADIM negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Peringat Daerah Baling.
Diadakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Daerah Baling/Sik dan Sukarelawan YADIM (SAY) Baling, program pada 9 Mac di Kampung Iboi, Baling ini diisi dengan pelbagai pengisian bermanfaat, sesuai dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi.
Antaranya termasuklah aktiviti Cuci-Cuci Kampung Dan Surau serta Bicara Dakwah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia, Ustaz Syazwan Menon.
Turut diadakan ialah Ziarah Madani dan sumbangan Bakul Madani kepada 20 keluarga yang memerlukan.
Perasmian program disempurnakan oleh Penolong Pengarah YADIM Kedah dan Perlis, Ustaz Mohamad Bilal Mohd Zain.
Hadir ke program ini ialah Pegawai JPNIN Daerah Baling/Sik, Tuan Mohamad Farid bin Abu Bakar, Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Baling, Azman Hassan dan Pengerusi SAY Baling, Abu Hassan Musa.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *