Home » Langit Terbuka » Selamat Datang Dan Selamat Bertugas

Selamat Datang Dan Selamat Bertugas

YB Menteri dan Timbalan Menteri berjumpa dengan semua Ketua Agensi Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Hari ini adalah hari yang amat bersejarah kepada semua agensi agama kerana telah menerima kehadiran Menteri dan Timbalan Menteri agama yang baru.

Kehadiran Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Fuziah Salleh ke Kompleks Islam Putrajaya disambut oleh Ketua – ketua agensi agama dengan penuh hormat.

Kelmarin kedua-dua Ahli Parlimen tersebut telah mengangkat sumpah untuk menggalas tugas sebagai Menteri dan Timbalan Menteri  di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam).

Perlantikan ini sangat-sangat ditunggu oleh semua warga agensi agama Islam termasuk YADIM berikutan kekosongan yang ditinggalkan oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang terdahulu berdasarkan keputusan Pilihanraya Umum yang ke 14.

Perlantikan ini sangat diharapkan akan terus memacu Islam yang cemerlang melalui pengamalannya di Malaysia ini sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Semoga dengan sentuhan Yang Berhormat Dato’ Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Yang Berhormat Fuziah Salleh menjadikan Islam terus terpelihara berdasarkan pengalaman dan kebijaksanaan kedua-duanya.

Artikel Berkaitan

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Kesempurnaan cinta kemanisan iman

Dari Anas bin Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda: :عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *